Semak jawapan
Quiz Mingguan: 20–24 Julai 2026 📰
Kamu tak jawab quiz ni. Jawapan betul ditanda di bawah — nak cuba sendiri? Main mod latihan →
1. Ikut Peraturan 15, lepas korang pindah dan duduk tempat baru berapa lama, korang WAJIB update alamat kat JPN?
💡 90 hari. Sewa rumah atau sewa bilik pun sama — asalkan duduk lebih 90 hari, itu dah kira tempat tinggal korang.
2. Konsep "pay yourself first" tu maksudnya apa?
💡 Tukar urutan je. Sebab belanja korang akan naik ikut duit dalam akaun — ada RM3,000 habis RM3,000. Baki tu memang takkan wujud.
3. Free cash flow Alphabet (Google) jatuh negatif buat kali pertama sejak bila?
💡 Kali pertama sejak IPO 2004. Dalam satu quarter je, Google kekurangan hampir US$5.9 bilion free cash flow.
4. Kenapa slot 4 Oktober dalam kalendar F1 tiba-tiba kosong, sampai Sepang masuk senarai calon?
💡 Bahrain & Arab Saudi dibatalkan. Slot 4 Oktober tu betul-betul sebelum Singapore GP — sebab tu Sepang jadi calon.
5. Rebat RM200 aircond/peti ais bawah NUR@PETRA 2026 ni cara dia macam mana?
💡 Potongan terus masa bayar, bukan jenis claim balik. Harga RM2,000 → korang bayar RM1,800 je.
6. Kaji selidik Bank Negara Malaysia 2024: berapa % rakyat Malaysia tak mampu bertahan sampai TIGA BULAN kalau income terganggu?
💡 63%. Jangan keliru — 61% tu angka lain, iaitu orang yang susah nak keluarkan RM1,000 je untuk kecemasan.
7. Ikut kajian JPMorgan, 7 daripada 10 hari market naik paling kuat berlaku bila?
💡 Selepas. Sebab tu bila korang panik jual masa merah, korang terlepas hari bounce paling besar.
8. Menurut Khazanah Research Institute (KRI), isi rumah berpendapatan bawah RM2,000 membelanjakan berapa % pendapatan untuk kos hidup?
💡 95%. Maknanya mungkin tinggal RM100 je sebulan — nak kumpul RM12,000 ambil masa 10 tahun.
9. Bila guna heatmap, apa silap paling besar yang ramai orang buat?
💡 Naik turun satu hari boleh menipu mata. Tukar timeframe ke 20 hari atau setahun — yang kekal hijau tu baru betul-betul lead.
10. Dari 46 IPO yang Daus rekod sendiri, berapa % naik pada hari pertama listing?
💡 65.9% naik — maknanya lebih kurang 1 dari 3 jatuh bawah harga IPO hari pertama listing.
11. Dalam 4 langkah urus gaji tu, langkah KEEMPAT — yang paling ramai skip — tu apa?
💡 Bahagi ikut minggu. Baki RM1,200 sebulan → ~RM300 seminggu, supaya tak rasa kaya minggu pertama pastu ikat perut hujung bulan.
12. Mana kenyataan yang BETUL pasal Versa Asia Growth?
💡 Min 70% saham Asia, maksimum 30% bond & money market. Dan ya — fund ni conventional, bukan patuh Shariah. High risk.
13. Contoh Amir: BNPL RM1,800, kad kredit RM8,000 (18%), personal loan RM15,000, ada lebih RM300 sebulan. Mana kenyataan BETUL?
💡 Sama-sama 19 bulan. Snowball RM2,400 interest, avalanche RM2,352 — beza RM48. Tapi snowball tutup hutang pertama 3 bulan lebih awal. Avalanche menang atas kertas, snowball menang dalam kepala.
14. Ikut kiraan Daus (dua poket utama je), lebih kurang berapa duit masuk KWAN setahun bawah undang-undang baru?
💡 ~RM750 juta. RM343 juta tu poket 0.1% hasil negara je; RM400 juta tu 2% dividen PETRONAS je. Campur dua = ~RM750 juta, tak sampai sebilion pun.
15. Bawah undang-undang KWAN baru, separuh untung pelaburan yang boleh diguna tu terhad untuk TIGA perkara je. Yang mana?
💡 Pendidikan, kesihatan, perubahan iklim. Duit pokok pula haram sentuh — maknanya RM5 bilion cair sekali gus macam 2021 tu dah tak boleh berlaku.
16. Untung IGB REIT naik 50%, tapi DPU (agihan setiap unit) naik 22% je. Kenapa?
💡 Beli The Mall, Mid Valley Southkey RM2.65 bilion — RM1 bilion tunai, RM1.65 bilion lagi bayar dengan ~700 juta unit baru. Kek jadi besar, tapi orang potong kek pun jadi ramai.
17. Salah satu sebab dividen ASB dulu tinggi: tahun 1993, pasaran saham Malaysia naik berapa banyak dalam setahun?
💡 Hampir 100% dalam setahun. Kenaikan gila-gila macam tu memang jarang berlaku sekarang.
18. Suku tu, Google jana operating cash flow berapa, dan belanja berapa untuk infrastruktur AI?
💡 Jana US$39.1 bilion, belanja US$44.9 bilion. Beza tu la yang buat free cash flow jadi negatif US$5.9 bilion.
19. Ikut jawapan Kementerian Kewangan di Parlimen 16 Julai 2026, SARA BULANAN catat kadar penggunaan berapa, dengan nilai transaksi berapa?
💡 SARA bulanan: 99% penggunaan, RM3.45 bilion transaksi, hampir 9 juta penerima. 87% / RM1.77 bilion tu angka SARA Untuk Semua — lain cerita.
20. Kuota program NUR@PETRA 2026 berapa unit, dan bila tarikh tamat?
💡 160,000 unit je, sampai 31 Disember atau kuota habis — mana datang dulu. Jangan bertangguh.
